Thursday, August 26, 2010

Selamat menyambut Hari Raya

Assalamualaikum

Bahangnya kehangatan lebaran turut singgah dihati Kami Pihak Pengurusan Taska Cahaya Pintar.Setelah sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga,ketibaan syawal diraikan penuh kemenangan kerana berjaya mengharungi segala dugaan di bulan Ramandhan. Semestinya, meraikan lebaran tidak lengkap tanpa mencium tangan kedua ibubapa.

Dengan itu kami dari Pihak Pengurusan Taska Cahaya Pintar ingin menyusun sepuluh tangan untuk memohon maaf segala kesalahan atau terlajak kata yang menguris hati sesiapa termasuk ibubapa kepada anak-anak didik Taska Cahaya Pintar.

No comments:

Post a Comment