Tuesday, February 15, 2011

Cuti Malidur Rasul dah selesai. Kami di Taska Cahaya Pintar sudah memulakan tugas hari ini, Rabu (16 Februari 2011). Bagi anda mungkin ada yang berpeluang bercuti panjang hingga hujung minggu ini.

Biasanya kalau hari pertama setiap minggu, tugas saya adalah memastikan segala keperluan dapur dipenuhi agar keperluan kanak-kanak dan kakitangan tidak terabai. That's on my mind.. Perlu pastikan semuanya berpuashati. Bukan saja kanak-kanak dibawah jagaan kami, bahkan pengasuhnya pun puashati, termasuklah ibu bapa/penjaga puashati. Jadi, adillah, kan? (kalau tak puashati, just let me know, ok!) Tak perlu serang2(depan mahu pun belakang). Saya sedia menerima teguran kearah kebaikan bersama.

Kalau ikan, ayam, daging biasanya saya beli sekali untuk seminggu (biasanya siap dipotong dan dibersihkan bahagian dalaman seperti ayam dan ikan barulah dimasukkan dalam bekas untuk freezer). Bagi sayuran dan buahan pula bergantung kepada jenisnya. Jika yang boleh tahan 2-3 hari saya akan beli 2-3 kali seminggu. Kadangkala saya akan beli setiap hari sebab dalam perjalanan ke taska saya akan singgah ke kedai runcit yang tak berapa jauh dari taska kami. Saya lebih suka untuk pilih sendiri dikedai, kecuali kalau terpaksa misalnya ada tugas diluar, barulah saya buat pesanan untuk dihantar ke taska. Bukan apa, bahan basah seperti ayam, ikan, sayur dan buahan perlulah segar dan sesuai untuk disimpan dalam jangkamasa 2-3 hari. Lebih segar lebih sedap, kan?. Saya cuba yang terbaik untuk semua. InsyaAllah..dan terima kasih kerana membaca hingga ke nokhtah ini.

No comments:

Post a Comment