Tuesday, February 15, 2011

PERATURAN DAN SYARAT TASKA CAHAYA PINTAR

Berikut adalah antara kandungan syarat dan peraturan taska untuk ibu bapa/penjaga :-



1. Kanak-kanak dilarang memakai / membawa sebarang barangan berharga semasa di TASKA.

2. Ibu/Bapa/Penjaga harus memastikan kanak-kanak didalam keadaan bersih apabila tiba di TASKA. (Cth: mandi, tukar lampin, berus gigi, basuh muka). Pakaian tidur (pijama) tidak dibenarkan.

3. Penyakit berjangkit : Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan untuk tidak menghantar kanak-kanak yang mengalami penyakit berjangkit ke TASKA sehingga mendapat pengesahan dari Pegawai Perubatan Bertauliah bahawa kanak-kanak tersebut telah pulih sepenuhnya.

4. Membawa kanak-kanak keluar dalam waktu operasi TASKA : Ibu/Bapa/Penjaga diminta memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA sebelum membawa kanak-kanak keluar. Hanya Ibu/Bapa/Penjaga yang didaftarkan dibenarkan membawa kanak-kanak keluar TASKA. Jika Ibu/Bapa/Penjaga berhasrat untuk meminta bantuan dari orang lain untuk tujuan ini, kebenaran bertulis adalah diperlukan.

5. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan berlegar dikawasan luar TASKA dalam waktu operasi TASKA kecuali atas sebab yang penting. Ibu/Bapa/Penjaga juga tidak dibenarkan menggunakan bangunan TASKA selepas waktu operasi TASKA.

6. Kedatangan : Ibu/Bapa/Penjaga dikehendaki memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika kanak-kanak tidak dapat hadir ke TASKA pada hari tersebut sebelum jam 10 pagi.

7. Notis menamatkan perkhidmatan penjagaan : Sila maklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA satu (1) bulan lebih awal jika Ibu/Bapa/Penjaga mahu menamatkan perkhidmatan penjagaan kami.

8. Merokok dan meludah adalah dilarang didalam persekitaran TASKA.

9. Ibu/Bapa/Penjaga dinasihatkan meninggalkan pesanan penting (cth: jenis dan dos pengambilan ubatan) secara bertulis kepada Penyelia/Pengusaha TASKA.

10. Ibu/Bapa/Penjaga tidak dibenarkan memasuki kawasan dalam dan dapur TASKA tanpa kebenaran dari Penyelia/Pengusaha TASKA.

11. Pihak TASKA menyediakan kemudahan berikut :- makanan, kelengkapan tidur, bahan pengajaran dan permainan yang sesuai untuk kanak-kanak.

12. Telefon bimbit harus dimatikan atau disenyapkan sewaktu berada dikawasan TASKA.

13 Bayi dan kanak-kanak menggunakan lampin pakai buang (jika masih perlu menggunakannya) bagi tujuan kebersihan.

14 Makanan yang dibawa dari luar adalah dibenarkan. Walau bagaimanapun, Ibu/Bapa/Penjaga bertanggungjawab sepenuhnya atas penyediaannya. Pihak TASKA tidak bertanggungjawab atas sebarang ketidakselesaan atau kesakitan yang disebabkan makanan yang dibawa dari luar TASKA.

15 Ibu/Bapa/Penjaga mungkin diperlukan untuk membuat sumbangan untuk membantu pihak TASKA menjalankan aktiviti atau majlis yang akan dilaksanakan. (Cth: majlis sambutan harijadi kanak-kanak/aktiviti luar sekiranya perbelanjaan tambahan diperlukan)

16 Ibu/Bapa/Penjaga diperlukan untuk menandatangani buku kedatangan. Ibu/Bapa/Penjaga yang menandatangani buku kedatangan selepas jam 7 petang atau 2 petang(Isnin-Jumaat) dan 2 petang (Sabtu minggu ke-2 dan ke-4) secara automatic dikenakan bayaran lebih masa. (Bayaran lebih masa RM5.00/jam bagi seorang bayi/kanak-kanak).

17 Adalah menjadi tanggungjawab Ibu/Bapa/Penjaga untuk memaklumkan Penyelia/Pengusaha TASKA jika ada sebarang perubahan maklumat peribadi (Cth: perubahan alamat atau nombor telefon).

18 Pihak TASKA dan kakitangan akan menjalankan amanah yang diberi oleh pihak Ibu/Bapa/Penjaga ketahap yang terbaik mengikut kemampuan kami dalam usaha penjagaan dan sebagai Ibu/Bapa/Penjaga pengganti.

19 Segala maklumat lanjut mengenai yuran pendaftaran, yuran tahunan, caj bulanan, caj harian dan bayaran lebih masa, sila rujuk kepada Penyelia/Pengusaha TASKA,

20 Pihak Pengusaha TASKA berhak membuat sebarang pindaan terhadap Syarat dan Peraturan TASKA.

21 Sebarang perubahan akan dimaklumkan dari masa ke semasa.

Berikut adalah antara keperluan yang perlu disediakan oleh ibu bapa :-

a) 2 bulan - 1 tahun :

- Tilam / toto kecil

- Peralatan mandi dan selepas mandi

- 4 diaper dan 4 helai baju

- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)

- Susu dan makanan bayi yang secukupnya.

- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

b) 2 tahun – 4 tahun :

- Berus gigi dan alatan mandian

- 3 diaper dan 3 helai baju.

- Tuala mandi (dibawa pulang setiap hari)

- Susu secukupnya.

- Beg plastik untuk mengisi pakaian kotor setiap hari.

(Sila labelkan nama anak anda pada setiap keperluan tersebut )

Saya ibu / bapa / penjaga Kepada ________________________ berumur _____ bulan / tahun memahami dan bersetuju dengan segala peraturan-peraturan yang telah di tetapkan oleh pihak pengurusan Taska Cahaya Pintar.

Tandatangan ibubapa / penjaga : ___________________________

Nama : ___________________________

No kad pengenalan : ___________________________

Tarikh : __________________________

No comments:

Post a Comment